hatikering&co

hatikering&co

Followers

Thursday, July 21, 2011

aku caring sebab tu aku share.. hek3x

salam.. suda lama tak mengemas emel MS. giler serabut. beribu-ribu masage ada. puas jari nie mendeleate tuh sume. tapi bukan itu yang MS nak sampaikan disini, MS ada satu citer yang menarik yang MS juga ada dikongsi oleh seorang kawan MS melalui emel 2 bulan yang lalu.. huhu cite nie menarik.. slamat membaca dan renung-renungkan..._(",)




Nama Mohammad Sohail kini menjadi sebutan di Amerika. Namanya menjadi sebutan dan mendapat liputan di arus media selepas seorang lelaki cuba merompak kedai Shirley Express iaitu kedai milik Mohammad Sohail di Shirley, New York pada Mei 2011.

Perompak itu masuk dengan memegang tongkat baseball dan menuntut wang. Tetapi Sohail nekad dengan memutuskan untuk menarik keluar senapang. Perompak terkejut dengan tindakan Sohail dan dia terus melutut ke tanah. Sebenarnya senapang itu tidak mempunyai peluru.



Perompak mula menangis seperti budak kecil, mengatakan dia hanya merompak kedai kerana dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya sudah tidak mempunyai bekalan makanan. Sohail kasihan selepas mendengar rintihan perompak tersebut

"Ketika saya melihat dia mulai menangis, saya dapat rasakan yang dia terdesak dalam hidupnya sehingga mengambil keputusan untuk mencuri" katanya kepada CNN.

Sohail meminta perompak itu berjanji supaya untuk tidak merompak lagi, kemudian memberinya $ 40 dan roti. Lelaki itu menjawab dengan mengatakan ia ingin menjadi Muslim seperti Sohail. Sohail memberitahu dua kalimah syahadah dan memberikan nama Zardari Nawaz Sharif kepada perompak tersebut.

Sementara Sohail pergi untuk mendapatkan susu untuk perompak, perompak itu terus melarikan diri. Namun Sohail tidak menekan butang amaran selepas itu dan membiarkan perompak itu melarikan diri.

Selepas orang lain mengetahui tentang kebaikannya, mereka mula menghantar wang kepadanya. Tetapi Sohail tidak menggunakan untuk dirinya. Dia memutuskan untuk memberikan kepada orang orang yang tidak berkemampuan dengan menawarkan roti dan kopi setiap malam.



Minggu ini Sohail menerima surat tanpa alamat pengirim yang mengandungi $ 50 dan nota. Kandungan surat itu:

"Anda telah menukar keseluruhan hidup saya ... Pada waktu itu saya tidak punyai duit, tidak punyai makanan, meja saya kosong, saya tak punyai kerja. Saya tahu ini kerja yang salah dengan merompak tetapi saya tidak punyai pilihan. Saya perlu memberi makanan kepada keluarga saya. Bila kamu acukan senapang, saya yakin 100% saya akan mati. " Tapi kamu telah menjadi inspirasi saya untuk saya menjadi "muslim sebenar"

"Saya sangat gembira bahawa seseorang itu telah mengubah hidupnya," kata Sohail dalam temuramahnya dengan CNN. "Jika dia masih lagi melakukan jenayah, hidup dia takkan berubah. Jadi sekarang dia adalah orang yang baik di dalam komuniti ini dan saya sangat gembira untuk itu. Dia tinggal keluar dari masalah, dia tidak dalam penjara, dan boleh mengurus keluarganya dengan baik . "

Tuesday, July 19, 2011

kisah hari ini

salam MS ucapkan.. suda lama betol tak mengupdate ini belog rasanya. maaflah atas kesulitan dan kebusy an yang melanda. post kali ni just nak menyapu sewang yang makin menebal kat sinie. huhu

hari ni, MS balik ke tempat blajar, bukan dah nak daftar tapi niat hati nak hantar report praktikal. namun belum tiba waktunya barang kali, setelah diperhati borang permarkahan, terlalu banyak yang perlu ditopup. so, stand lah lagi wat report tuh. ingat dah bole lepas bala dah hari nie.

hari nie, saja memalaskan diri berkemas dengan hanya membawa 3 helai baju gerak dari rumah pun dah lewat, jam 11 pagi. niat memang malas je. taknak lumba-lumba ngan penunggang jalan laen. bagus kan. bawak 80km per hour je. huhu

lagi satu sakit hati ngan trafik light, asal MS sampai ja, wajib tuka merah. panas betoi den. dah la panas, tambah ade satu kali tu MS berenti tepi sebuah van. yang drive van tuh pompuan. makcik or aweks MS x perasan sangat la, tapi yang nak share kat sini die punya perfume sampai keluar bau. peh cakap. bukan nak kata la, tapi nak berbaek sangka tu bau wangian van tuh macam tak logik la rasenya... ermm.. xnak ulas lagi, korunk pk la sendiri eh..

dah la.. da malas nk taip. lagi taip lagi manyak dosa MS dapt.. hak3x.. chow lu...

Saturday, July 2, 2011

10 Sebab Mengapa Mat Rempit Masuk SYURGA

Maha suci Allah dari segala sekutu. Tempat manusia berserah dan berwala’ kepadaNya. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW diatas rahmat yang dicurahkan baginda ke seluruh alam.




1. Bukankah Allah itu Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat. Mereka berazam betul-betul untuk tidak buat lagi perbuatan yang sia-sia dan berdosa. Insya Allah, mereka akan masuk Syurga.

2. Jumlah mat rempit di Malaysia sahaja sudah mencecah ribuan orang. Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan ‘amali istisyhadiah’ atau dihantar jihad di Palestin. Berdasarkan pengetahuan penulis, peperangan di Palestin adalah perang jihad kerana mempertahan hak, nyawa dan harta orang Islam.

3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang tidak sedarkan diri. Antara ‘basic knowledge’ bagi seorang Mat Rempit ialah, CILOK. Penulis kadang-kadang kesian melihatkan ambulan yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Dengan bantuan Mat Rempit, insya Allah lebih ramai nyawa yang akan diselamatkan.

Kalau pesakit tak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat kejadian dengan sepantas kilat.

4. Berlumba-lumba untuk solat berjemaah. Walau sibuk macam mana sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan penguasaan track (jalan2) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana kedudukan masjid dan surau dengan tepat.

Itu tidak lagi ditambah dengan pahala memboncengkan pakcik yang ditemui ditepi jalan untuk ke masjid.

5. Qiamulail. Seorang mat rempit telah terdidik untuk selalu berjaga tengah malam sehingga pagi buta. Terutama malam-malam minggu. Masjid dan surau-surau akan penuh dengan motor 125, RXZ dan lain-lain. Motor-motor ini tidak lain dan tidak bukan adalah milik Mat Rempit yang berqiamullail. Mereka menangis dalam solat tahajjud dan taubat. Bersungguh-sungguh meminta dari Allah dalam solat hajat. Khusyu’ dalam berzikir dan beristighfar.

6. Bincang masalah umat. Kebiasaan mat rempit adalah berkumpul dahulu sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincagkan masalah-masalah umat Islam, isu politik, berbincang mengenai kekuasaan Tuhan dan banyak lagi. Perbincangan mereka adalah perbincangan yang tidak sia-sia.

7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seorang yang ‘ribat’ ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan isinya. Yang dimaksudkan dengan ribat ialah berkawal di tengah malam. Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah yang sering berlaku pada tengah malam. Macam super hero lah kiranya Mat Rempit ni.

8. Menghiburkan isteri dan keluarga. Jika dulu, Mat Rempit adalah sinonim dengan Bohsia dan Bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti yang dulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor.

Pada hujung minggu, Mat Rempit akan berpiknik dan mengeratkan silatur rahim dengan Mat Rempit yang lain.

Mafhum Hadith ‘Sebaik-baik kamu adalah yang melakukan kebaikan kepada keluarganya‘.

9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam kesusahan telah sebati. Dalam apa jua keadaanpun, seorang mat rempit selalu ‘alert’ dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Kes ragut yang disiarkan di dalam TV tidak akan berlaku jika Mat Rempit ada di tempat kejadian, kerana merekalah orang yang pertama akan menangkap penjenayah itu.

Selain daripada itu, seorang Mat Rempit dikurniakan Allah satu ’sense’ yang istimewa. (sixth sense lah ni). Mat Rempit dapat menghidu jenayah dari jauh dan dapat juga mengetahui niat jahat seseorang itu. Jadi, sebelum jenayah berlaku, seorang Mat Rempit mungkin akan mengalihkan perhatian orang yang berniat jahat tadi.

10. Tawakkal yang tinggi. Sentiasa bezikir. Sentiasa mengingati kematian. Membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya.

Mat Rempit sedar bahawa ajal dan maut di tangan Allah. Nyawanya boleh ditarik Allah bila-bila masa sahaja. Justeru, Mat Rempit selalu mempersiapkan dirinya menghadap Yang Maha Esa

Dengan segala sikap, sifat dan perkara yang ditulis di atas, adalah tidak mustahil bagi seorang Mat Rempit untuk masuk ke syurga.

===================

p/s: Post ini dibuat sebagai response kepada masalah Mat Rempit yang semakin menjadi-jadi. Namun penulis sangat yakin bahawa ada nilai perubahan terhadap mereka yang bergelar REMPIT ini. Buktinya disini.

Disclaimer : Tulisan ini dbuat bersandarkan Al-Quran dan Sunnah serta ilmu pengetahuan penulis. Ianya mungkin sahaja salah dan tidak bertepatan dengan natural seorang Manusia. Namun disinilah tugas ANDA sebagai harapan kepada Mat Rempit ini. Segala kritikan, komentar dan teguran adalah amat dialu-alukan.

BANGKITLAH BANGSAKU HARAPAN ITU MASIH ADA



ihsan daripada syok.org