hatikering&co

hatikering&co

Followers

Saturday, May 5, 2012

esok itu pasti


Kalau hari ini kita lihat wanita itu seksi dan tak terjaga pergaulannya...

Belum tentu esok hari dia masih begitu..
Mungkin saja auratnya lebih terjaga dari kita nantinya...



Kalau hari ini kita lihat seorang lelaki itu berkopiah berjubah menjaga mata...
Esok hari belum tahu dia masih begitu atau tidak..



Jangan sangka yang berpakaian warak itu tiada silap pada masa lampaunya..
Jangan sangka diri kita yang baik nih takkan pernah boleh buat silap..



Hati manusia mudah sangat dibolak balikkan...
iman manusia ada turun naiknya...



Siapalah kita nak menilai orang lain....
Kalau rasa diri belum baik, teruskan berdoa moga Allah memberikan kita hidayah..
bagi yang telah menjumpai 'jalan' kembali pada Allah,
berdoalah moga kekal istiqamah...i



tiada orang baik yang tiada masa lampau.
tiada orang jahat yang tiada masa Depan.

Thursday, May 3, 2012

hidup dan sempurna


hidup.. 
sinonim ngan manusia yang memang tak pernah bersyukur dan
berpuas hati dengan apa yang dia ada.
pahit lansung tak hendak,
manis yang kau dambakan.
sedarlah bahawa
dugaan itu rahmat, dugaan itu rezeki,
yang menjadikan kita lebih tabah, cekal dan kuat.

bak kata lagu,
pahit akan manis jua akhirnya,
jika kena pada caranya.. bukan hanya memekik melolong 
mencari salah dan silap orang lain.
tapi,
muhasabah diri, pikirkan yang positif,
tak ada orang buat sesuatu perkara tanpa sebab,
even pencuri, perompak juga
mahukan kekayaan dengan sekelip mata,
tapi org selalu cakap,
matlamat tak pernah menghalalkan cara.
so,
think..

please..
respek orng laen, hormat privacy org laen.
bukan semua yang kita hendak tahu perlu kita tahu,
kadang memedihkan,
kadang mengguris hati sendiri,
then,
tuding jari pada diri orang laen...

aku minta maaf.
diri ini tak pernah sempurna.
yang pasti semakin hari semakin tebal dosa.

maaflah...
aku memang tak pernah sempurna
kerna

=)

Wednesday, April 25, 2012

Terengganu ICT

salam sejahtra dari MS berlintas lansung dari TERENGGANU ICT CENTER.. ict disini bukanlah seperti Icity di Shah Alam, tetapi ICT here membawa maksud ikan celup tepung. Di Terengganu, ict cukup popular di kawasan pinggir pantai Teluk Ketapang dalam kawasan berhampiran Komplek sukan Gong Badak a.k.a Area stadium runtuh tu. tapi, untuk lebih tepat, ict center ini sebenarnya adalh sangat berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Ict center ini berada betul-betul dibelakang lapangan terbang ini. lokasinya adalah di pesisir pantai Teluk Ketapang. Apa yang menariknya disini adalah terdapat pelbagai jenis masakan laut yang dicelop tepung bukan sahaja  ikan malah ada udang, ketam, dan sebagainya yang boleh dimakan.

udang celup tepung

Sotong celup tepung

jemput-jemput & pisang goreng
.: name yang betul tu makanan bulat-bulat diatas tu adalah tidak dapat dikenalpasti. samada cekodok ke jemput2???

Jagung parut
jagung parut ini adalah paling kegemaran. serius best + nikmat=)

Pari celup tepung

ABC

ikan celup tepung (selayang kalo x cilap)
Sekian dulu info jalan-jalan cari makan dari hati kering dot blogspot dot com. ada kelapangan sila-sila lah. bersama memertabatkan industri usahan bumiputra kita =)



sekian.
smile_(",)

Sunday, April 15, 2012

i'm back

haloo.... salam salam salam.....
huh, lama sungguh tidak MS mengupdate ini belog ma.
mungkin atas sebab kesibukan dan kebizian yang melanda. huhu

anggaplah ini satu update.
chow lu.
salam


Sunday, February 19, 2012

Tasik kenyir - kawasan bebas cukai

salam.. suda lama rasanya MS tak mengupdate belog ini. huhu..

wajah empangan kenyir yang menjadi pusat janakuasa elektrik

Gambaran keluasan tasik buatan manusia ini

Sudah lama juga lah MS dengar kisah tentang Tasik Kenyir yang dalam proses pembinaan kononya hendak dibuat kawasan bebas cukai macam Pulau Langkawi. Maklum la, Tasik ini berada tidak jauh dari rumah MS, tapi masa tu, MS ingat itu suma hanya dongeng dan khayalan saja. sehinggalah beberapa hari lepas MS ada tertengok berita wilayah di TV1 tentang kebenaran desas- desus yang selama ini MS sangka hanya rekaan semata-mata. maaf ye org kampung..

Menurut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata Tasik Kenyir akan menjadi tarikan kepada lebih ramai lagi pelancong dengan pengwujudan kawasan bebas cukai itu setelah Tasik Kenyir telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai kawasan bebas cukai minggu lalu akan diwartakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk menyediakan kompleks bebas cukai, kompleks kastam dan sebagainya. Tambahan pula, dengan siapnya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan memudahkan lagi pelancong datang ke Tasik Kenyir 


Gambaran Kompleks Bebas Cukai Tasik Kenyir
<sumber>
Selain itu, 300 unit chalet dan hotel bertaraf tiga hingga lima bintang akan dibina bagi memudahkan pelancong menginap di Tasik Kenyir. Kebanyakkan hotel penginapan ini adalh terletak di Pulau Serindit yang terletak di dalam tasik buatan manusia ini.

Katanya, untuk tujuan itu juga kerajaan negeri akan menyambung bekalan elektrik dari Kampung Kepah ke Pulau Bayas di Hulu Terengganu dengan kos kira-kira RM27 juta.





MB berkata, dengan adanya beberapa daya tarikan pelancong di Tasik Kenyir seperti santuari kelah, taman burung, taman rama-rama, taman gajah dan lain-lain akan lebih menarik perhatian pelancong.

Untuk ke sana, pelancong perlu menaiki bot di jeti Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.








Kawasan bebas cukai tasik Kenyir ini dijangka beroperasi pada bulan Ogos 2012 ini, namun ia akan beroperasi sepenuhnya menjelang pertengahan 2013..

sekian dulu, semarak darul iman. Tiada halangan, hanya peluang.

Friday, January 27, 2012

kedepan dan kedepan

hidup, memang semestinya ke depan
masa tak tunggu ko

pepatah ade cakap,
masa umpama pedang..
yang akan memotong bila kau leka..

tapi bagi aku..
masa umpama lilin.. 
menyinari orang pada saat itu,
dan pabila saat itu sudah berlalu,
ia tak akan sepanjang yang sebelumnya..
akan sentiasa memendek
dan habis *mati*

emm...
hidup,.. banyak benda yang tak dijangka
berlalu seperti angin,
kadang-kadang hepi,
kadang-kadang moody
kadang-kadang jiwa meracau..
namun sedarlah
semuanya ada hikmah disebaliknya
walaupun kita kadang kala tak sedar

aku
sedang hanyut dengan masa ini
tak mungkin untuk kembali ke masa lalu
walau sesaat sudah
namun
kesedaran aku sudah terlambat
bagaimana bisa aku perbiaki semuanya??

masa
maafkan aku =(

Saturday, January 21, 2012