hatikering&co

hatikering&co

Followers

Wednesday, January 5, 2011

fenomena awal sem

malam ni kene tido awal sedikit la, esok kelas kul 9. stop dulu dari bersukan yang da lame ditinggalkan. sukan yang aku kate tuh sukan counter strike la. biasa la, hiburan.masok bilik pasti mukabuku jap, tdo. keesokkan pagi pulak semangat bangun awal lak tuh, teros tak tido da. buat la ape yang patut sementare nak tunggu masa yang sesuai untuk mandi. nak mandi awal-awal sejok, pulak tu piagi ni dapat pakej hujan lebat lak tuh. ni kalo kat rumah ni kompem berbungkus lagi ni. tapi, al-maklum la, sem da stat. ade la tanggungjawab nak kene buat. layan mukabuku xde yang hendak dikomen lagi. buka paper pun berita cam xde yang menarik, tekan sana klik sini sedar-sedar da jam 8.3o da. aik, laju ar pulak masa ni berlalu. ambil towel, mandi. sejok jangan cakap la. ku tahan, demi kelas la katekan.
keluar je dari muka tandas baru aku teringat kelas kul 9 nie xde la. semalam lecture da cakap. rugi dowh aku mandi awal-awal. patut la sume housemate aku pakat-pakat tarik selimut lagi. hampeh betul. naseb baek kelas seterusnya kul 10. takla membazir sangat aku mandi. kire ok la jugak. hujan macam biase. maintain jep turun. takpe la, bukan kelas ade pun. masa terus berlari. da pukul 9.45 da. ready nak pegi kelas da masing-masing. hujan punya pasal kene pakai jeket kalis peluru kos la gayanye.

ni la pndangan belakang jeket tersebut..  bukan sahaja mampu
kalis hujan, silap-silap, kena kapak pun tak rasa. hehe

tibe-tibe ada la insan terpilih dapat kol, "Kelas Batal"..
memang tarbaek la, kelas seterusnya pulak kul 2. tu la pasai, awal-awal sem macam ni la gayanya, banyak kelas yang takde. huhu.. nampaknya kene tarik selimut balik la nie. haha okey, nk tarik selimut dulu. chow.. _(",)

Sunday, January 2, 2011

kelebihan menangis

1. Membantu penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteri

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi.Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun. keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis mengurangi stres? Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian. Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.




Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.

p/s- mengapa aku post pasal menangis ini? aku pun tak tahu, mungkin saja nak berkongsi ilmu atau sesuatu. tapi, terus terang aku cakap, aku sekarang memang amat susah untuk mengeluarkan air mata, orang cakap kalau susah nak menangis, hati kita keras. jadi, memang sudah keraskah hati aku?
pada yang amat senang menitiskan air mata, aku ucapkan syabas dan korang amat patut bersyukur. hati korang masih lembut. bukan meminta untuk menangis, tetapi kalaulah dengan menitiskan air mata menjadi kayu pengukur tahap kekebalan hati, aku memang sudah gagal.
 ~ bantu aku lembutkan hati ini. hehe

Saturday, January 1, 2011

masa terus berputar

BYE BYE.... selamat tinggal 2010. selamat datang 2011, datang bersama dengan pelbagai cabaran dan halangan yang bakal ditempuhi nanti. semoga tahun ini memberi seribu harapan dan kegembiraan bersalut kebahagiaan pada kita yang melaluinya. masa terus berputar, sedar tak sedar cepat betul masa berlalu. terasa seperti baru sahaja menyambut kehadiran 2010, pejam celik pejam celik hari ini, sabtu sudah masuk tahun 2011 dan pastinya 2010 hanya berada dalam lipatan sejarah. kedatangan tahun baru ini seperti tiada apa yang khusus sangat dengan diri ini. orang sibuk bertanya apa azam tahun baru.. azam tahun baru..??? hahaha, diri ini da penat sudah hendak membuat azam. azam baru kah?? azam lama pun belum terlaksana. entah bila menjadi kenyataan pun tak tahu. jadi, aku mengambil keputusan muktamat untuk tidak membuat apa-apa azam langsung. senang sikit hidup. tak perlu terkejar-kejar. hidup simple. sebut pasal tahun baru, tak sambut dan tak pergi mana-mana pun. bukan hujan menjadi alasan. tapi memang menanggung tahap kemalasan yang dasyat untuk keluar. akhirnya aku sambut kehadiran tahun baru dihadapan tv layan cerita ong bak. satu je yang pelik, awal-awal pagi sudah bangun. kena bangun packing barang. sudah tamat cuti sem aku. hari ini kena balik negeri. betul lepas zohor, hujan beransur reda seperti merahmati perjalanan aku pulang. Alhamdulillah selamat tiba.
akhir kata sempena post pertama buat tahun 2011, selamat tahun baru, selamat menempuh cabaran pada tahun ini dan hari- hari mendatang. c ya. 

Thursday, December 30, 2010

Jawaban kepade soalan

Da lame tak mengbelogkan diri, tibe2 membuke belog, cik meknie n cik dayah nano ha3x mengtag eden dalam post bile ntah. Maklum la, lame hibernate… lalala

1. Pernah tak anda rasa cool?
Penah lak ak hot??? Rasenya aku memang da selalu cool je kot.. kan3x
Nanti aku kate lebey2 korang kate aku xde perasaan lak…. ~ngee


2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang.
Wallpaper apekah?? Soklan tergantung neh.. wallpaper dinding ka? Enset ka?
Tapi takpe la, dari yang aku paham, wallpaper laptop la kan.. nie aku da UPload.. haha



3. Cerita pasal wallpaper tersebut
Citer..?? takkan x kenai kereta kot..? nie la kereta idaman aku buat masa ini.
~Skyline GTR~

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Pizza yang btol2 pizza tu ker, pizza yang bole dapat kat sweeden tuh?? Hehe. Kalo yang sweeden punya tu selalu la makan, tapi tak pernah catit la tarikh dan masanya.
Kalo yang pizza yang ada cop pizza hut tue, last aku mamam time aku form 5 kot. Tu pom abang sedare aku yang blanjer… hahaha ~nyum3x


5. Lagu paling terbaru yang anda dengar
Danger line – Avenged 7fold
Buried alive - Avenged 7fold

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni?
Wa,.. aku busy dok umah neh, mengalahkan YB..haha. aktvt ak adalah
i-                    Dok mengadap 2 kotak hitam nie tanpa jemu,
TV- semua citer aku layan, LAPTOP- berusaha menghabiskan cter gundam buat kali ke2 ++ maen game.. haha
ii-                  tanam anggur sambil menghabeskan beras dirumah,
iii-                petang2 keje kejar bola, dah dapat sepak…
iv-                last but not least, jalan2, ronder2 sedekah kat kejaraan.. (cukai minyak moto kan da mahal sekarang..haha)

7. Selain nama sendiri anda dipanggil dengan panggilan apa?
Ermm.. sebut pasi name, da lame botol da orng tak panggil nama penuh aku, last time darjah satu kot, mase cikgu nak cek kedatangan… (@_@)
Yang selalu dengar, mery, meri, mry, …. Cume cg sains aku time sekolah rendah je yang panggil aku ngan name sepu… haha (acu cuba try test korunk sume panggil aku sepu lak… haha)


8. Tag lagi 5 orang.
- engkau dan sesuatu…
- penjual rojak buah…
- harihari ko
- eN.malangKEsiang
- siMACHO yang da HANCUR…

9. Siapakah blogger no.1 kepada anda?
Sesape yang selalu update blog die, die la yang no1. Semua aku bace.. haha


10. Katakan sesuatu kepada orang no.5.
Ang da kurus ke woii??? (oppss.. tertanya la plak..)~ ngee


11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
Biarlah hanya aku dan dia yang mengetahui…. hahaha
(sape2 yang tahu tolong nyatakan weh….)

12. Bagaimana pula dengan no.2?
Neh adek omroom aku dan roommate aku time form 5.. want more..???


13. Kata-kata cinta untuk orang no.4?
Saye bukang gay.. saye normal.. saye pencinta wanita… haha (yang saye tahu die ngah nak ejes awek bru, tapu sape, itu yang saye tak tahu….. haha) ~kan da terheboh…hoho


14. Berikan 5 perkara tentang orang yang tag.
-perempuan
- cosmate aku
- kedah pure n teganu pure
- pakai google..( hehe )
- waras.. itu yang penting….. hahaha

Wednesday, December 15, 2010

creative freedom

Kawan, membawa satu maksud yang besar. Terkenangkan budak yang nakal, budak yang rajin belajar, pertama kali didenda oleh cikgu, dan banyak lagi peristiwa gembira yang berlaku masa zaman sekolah dulu. Bila dah dewasa, banyak benda yang kita lalui masa kecik akan hilang dan masalah pulak akan bertambah. Kawan dah merantau jauh, ada yang berpindah ke luar Negara untuk belajar, belajar demi masa depan. Kenkadang ada masanya kita akan terkenangkan kengkawan yang dah lama kita tak jumpa. Mungkin keadaan dah berbeza tapi, apa yang telah kita lalui akan sentiasa menjadi memori, memori yang paling indah. Akan menjadi sejarah yang akan selalu kita ingat, kita akan kenang buat selamanya. Tak kira kenangan manis, pahit, atau tawar, ia tetap memberi seribu satu makna dan cerita yang tersendiri. Itulah yang akan membuat kita tersenyum sendirian.
                Aku nak mencari kegembiraan, kebahagiaan, dan masa depan sendiri. Dialah yang memberi segala ni pada aku. Dialah yang buat aku faham, beri aku jawapan kepada kehidupan ini. Dialah Maha Pencipta yang selalu melindungi aku. Jadi, kenapa aku nak lari dari Dia lagi?
MASA,.. menyebabkan kehidupan aku banyak berubah. Segalanya disebabkan kau. Nanpaknya kehidupan ini perlu ada sikap saling menghargai antara satu sama lain. Kehidupan penuh kesusahan dan kesengsaraan, semuanya cabaran belaka, jangan cepat berputus asa terhadap impian sendiri, pasti akan ada kegembiraan dan kebahagiaan nanti. Kalau dah tahu matlamat, berusahalah untuk mencapainya, jangan berhenti mengejarnya…
Jadi, manusia tak semestinya kena ikut jalan atau kata orang lain. Yang penting adalah perasaan sendiri. Mungkin hari ini bernasib malang. Tapi, jangan sesekali putus asa untuk hari esok. Nakkan esok yang lebih menarik?? Kita sendirilah kene berusaha untuk terus hidup. Kita bukan hidup untuk orang lain, Segalanya untuk diri kita sendiri.
TERIMA KASIH SAHABAT...
kerna membuat hidupku lebih bermakna.
Sekarang, aku dapat rasakan yang senyuman aku ini …. Memang betul-betul ikhlas.

......DANKE......
mR.smiLe_(",)

Saturday, December 4, 2010

sem 3 stories

berakhir suda sem III tahun 2o1o menjadi saksinya. banyak yang telah dilalui pada sem ini. berbagai-bagai dan pelbagai benda telah dilakukan. tiba-tiba teringat kembali semua yang pahit MANIS dalam sem nie. tapi yang specialnya, sume aktiviti yang dijalankan sume ada bukti. tak sangke, kami memang suke bergambar. haha..
dari orientasi junior, kes2 merayap, jalan2, melencong, suke-suki, berlala, dan segalanya. selak2 la pic kenangan2 nie, kadang2 aku pun lupe, sesetengah pic tuh time bile snap ek.. haha

inikah kami...
mangse keadaan kot.. haha
da jadi mcm minggu suke suki pelajar senoir lak kan..
tang tangan tu yang mahal.... kan nyah kan..he3x
integrated punya pasai.. haha
aktiviti merayap yang paling berjaya...
pernah tgk org mandi air terjun pakai helmet?? safety first.
geng2 pencinta alam.
ni kat mane eh..??
bace...
ni yang menjayakan majlis....haha
majlis berbuka formal (kononnye la)..
majlis berbuka x formal... haha
*pantai burok*

sua rase.
pemandangan di pulau warisan
johore mari


geng surau oo7.. haha
taksubb...!!!
perantau beraye ...
exam mode

*kami sudah merdeka*

model2 angin monsoon... haha
moonson cup
menunggu magrib dengan sabar...
*taman shahbandar*
dinner r konon nie..

Alhamdulillah, berakhir  sudah sem !!! nie. Semoga sem yang akan mdatang membawa seribu lagi sinar dan kegembiraan serta kejayaan yang diredhai oleh MU ya Allah. 
Buat teman-teman dan sahabat sekalian, terima kasih atas segalanya. atas segala tawa dan permernent marker yang telah mewarnai dan menyerikan kehidupan ku. semoga segalanya tidak pernah ada noktah penghujungnya.
# selamat berolieyday #

kenang daku dalam doamu,
mR.smiLe_(",)



















aku maseh disini.. (T_T)

04 disember 2010
aku maseh disini, walopom dah 3 hari ak merdeka, owang laen da stat cuti, dah balik kampung,
aku maseh berade di rumah sewa neh,
hujan! hujan! hujan!
bilakah kamo nak berenti neh??
aku mahu pulang, nak balik kampung..

kat cni sejok, nak makan pom payah,
nak pegi makan kne mandi dulu, basah, sejok,
balik makn kne redah hujan lagi,
sampai umah perut da lapar balik....
dugaan, dugaan...

esok aku tekad,
hujan ke x hujan,
aku mahu pulang, nak balik jugak,
tolong jangan halang aku,
hujan air je, paling- paling terok basah je,
tapi.....

ermm,,, dah dah,,
x nak pikir lagi,
esok aku tetap mahu pulang....
.........tetttt.......

mR.smiLe_(",)