hatikering&co

hatikering&co

Followers

Friday, April 15, 2011

Maharaja lawak minggu 3 VS El Clasico...

salam sejahtra pembuka kata.. incik senyum kembali bersuara... ce ce ce.. berpantu 2 kerat tu.. huhu.

semalam tido lambat bukan kerna dok mengadap nota ataupom sibuk menelaah pelajaran. tapi saje tunggu pukul 12 lebih tunggu orang upload video MAHARAJA LAWAK yang sudah masuk minggu ke 3 da. maklum la, umah sewe xde astro, apatah lagi astro warna kan.. sedih2.. lagi menyedihkan, sempat la tengok beberapa aksi pelawak 2 nie melawak bertemakan musikal komedi pada minggu ni seperti sepah, nabil, jambu dan sebagainya. yang sedih tu, turn nak tengok jozan, intenet bermasalah sampai facebook n youtube tak bole bukak.. bale bale. masalah ni berlarutan sehinggalah saat post ini ditulis.. nasib baek takde seminar.. har har har

menurut sumber yang bole dipercayai, pada awal rancangan ML tu, sepertimana yang telah dijanjikan para juri pada minggu ke 2, WAI dan XN3 telah disingkirkan.. serta pada penghujung minggu musikal komedi ini pulak bottom three adalah amir, jihan dan R2 dijemput keatas pentas, menyaksikan R2 tersingkir pada minggu ini..

r2 ok what ?? tapi da xde rezki kan//... redha jelah.. huhu tett.. tamat kisah ML..

3 perserta yang telah menamatkan cabaran selepas minggu ke 3..


TAJUK BARU >>

masuk bab bola sket,.bermula mlm nie 16-4-2011 akan berlangsung tiga sederet dalam bulan April pertembungan dua gergasi la liga iaitu Barcelona dan Real Madrid . berikut adelah tarikh bagi perlawanan terbabit..


erm... itu sahaja untuk kali ini,.. terima kaseh ^-^

Thursday, April 14, 2011

gambar yang sejuk

post kali nie incik senyum nak share beberape gambar yang sejuk.. opps. i mean Cool k.. jom layan..

ini dia.. BMW versi pak arab..... huhu

skill tue yan penting,.... har 3x

epal brand.... 

wa... PIBG sekolah mane nie ek ????

perkhidmatan mengapak kereta..... hak3x

sefaty first.... baru tawakal...

bang.... ish3x

maintain cooll......

rossi ubah pprofesion da.....

new kawasaki superbike....

kesian kay en.cicak tuh..... hak3x

sekian dulu untuk post kali nie.... babai/...

Tuesday, April 12, 2011

ha.. pilih la laki orang jadi suami anda ye....



1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya wanita..



CAP ;- are chik/syok.org

Sunday, April 10, 2011

Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

c ya... korunk tahu tak nape sebab2 orang kalau berpacaran nie x lame ??? okeh2x.. ni den nak royakk... sile la bace... tett tett


1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.


4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

so. muralnye.. jage la die sepertimane die jage ko.. ade paham ???



sumber ;- syok.org_are chik

Saturday, April 9, 2011

lame menyepi kan

Halo kenkawan.... we we.. da lame da belog ini tak di update kan... huhu. Besibukkan yang melande entah dari mane. Siap satu tambah lagi dua. Ai. Duplicate macam process mitosis pulak ase. Di rumitkan lagi dengan router wifi kat rumah tu kene panah petir. Huhu. Dugaan dugaan...

Hidup ini memang banyak dugaan.. kan3x

Benonye, x tahu nak update hape nye buat mase nie. Pale ngah piker nak karang esei apelah tok report trip pg sepang ari tuh.. maklum la, bab2 ngarang nie memang fail la katekan.. hak3x
Ermm.... itu la dulu untuk mase dan ketika ini... bubai =)

ni la poses mitosis yang digembar gembur kan td... (<----  kanan)

Wednesday, March 30, 2011

pesan ibu

ibu..... penuh dengan pesan.. kalo x berpesan macam-macam tu tak logik la kalo dipanggil ibu.. kan2x.. sape setuju angkat tangan ... hak3x ( ramai pengikut aku ) zaman budak-budak dulu banyak ibu pesan kan, ingat da besar ni xde da nak dipesan nye.. tp, hakikatnye, makin banyak ade la.. bertimbun-timbun macam guni gandum.. puas sebut YER, turn kepala lak yang angguk. tapi x abes2 lagi tuh... kan da cakap td, makin besar makin banyak pesan die., setuju ???

har har har..... zaman kecik2 sebelum g sekolah die cakap,.. belajar rajin2.. time cikgu ngajar dengar elok2, jangan main2 dan sebagainya... ( banyak sangat nak list kot... ) yang kagumnye, hari2 pesan yang sama pun die x jemu-jemu. penat apetah lagi kan.. itulah ibu.. mane kenal penat demi anak2...

da tue2 gni baru perasan banyak pesanan ibu nie.. tapi rasenya y dipesan tu separuh je ikot.. separuh lagi??? hak3x

meh kite listkan pesanan ibu sepanjang zaman........ dari zaman kanak2 kite dulu2...

  • belajar rajin2,
  • jangan nakal, jangan wat jahat kat orang,
  • cikgu ngajar dengar baik2,
  • jangan main hujan, nanti demam..
  • jangan panjat pokok,
  • jangan main dalam belukar,...
  • jangan terjun lombong,
  • jangan main lumpur,
  • jangan ponteng...
  • makan jangan kedekut... makan je kalo rase nak makan.
  • jangan tinggal semayang, biasenye tue2 nie la liat nak semayang nie....
  • berkawan biar seribu, jangan ngade2 nak pilih kawan..
  • jangan amik barang orang, termasuk la awek org... jangan sampai awek kite lak kene kebas..... hak3x
  • tolong orang lagi termampu, hidup kite ni bukan selalu senang kan, kite ade kemudahan kite tolong la orang, mudah-mudahan kite susah ade orang sudi tolong kite kan.
  • buat keje sungguh-sungguh.. jangan wat separuh jalan.
  • enjoy- enjoy jugak, tapi jangan lebih2.
  • jangan bawak moto laju2... [ ingatlah orang yang tersayang ] hak3x
  • jage hati semua orang... walaupun hati laen2, cuba puaskan semua pihak.. ke guane ??
  • jage diri elok2..
  • jaga maruah keluarga...
  • peduli ape orang kate.. buat ape yang kite rase betul dan benar.. ,mulut orang mana boleh tutup, yang penting kita pasti ape yang kita buat..

banyak lagi la kalo nak dilistkan disini... atas masalah kecapetkan disini, ade baiknya post ini berakhir disini.. huhu
c ya/...
bubai..........

*gambar* tiada kene-mengene.... har3x

Wednesday, March 23, 2011

sinar mentari tetap ada

tak jangka dan tak expect..... itulah hidup.
 ape yang kita plan x semestinya jadi..
apa yang kita nak tak semestinya kita dapat...
ape yang kita harap, hanya tinggal harapan...
apa yang pasti kekadang ada kekeliruannya....


hidup.... ada halangan, ada dugaan,...
  penuh onak dan durinya...


kita selalu dengar, 
langit tak selalunya cerah... ada saat awan hitam menjelma,
tersimbah isi perutnya yang menbawa seribu makna...
tidakkah kita sedar,
mungkin bagi kita itu sensara, derita, dugaan....
tapi...
on the others side, 
hujan bagi insan yang lain kehidupan, pembawa rahmat, pintu rezeki,
pembuka senyuman.....


begitu juga hidup...
ade saat hitam pasti ada putihnya...
ade saat kelam pasti akan ada sinarnya..
seperti awan tadi, tak selamanya mendung, akan muncul sang mentari,
lebih indah lagi ada jalur pelangi...


begitu juga hidup..
saat rasa diri tersisih, terpinggir.... 
anggaplah masa mendung sudah tiba..
tapi ingatlah..
saat cerah pasti akan datang.....


kita sebagai hamba TUHAN yang lemah,
doa, sabar dan kecekalan adalah senjata, pegangan dan tawakal..
pasti sinar akan tiba... pasti gembira akan datang..


YA ALLAH... tentukanlah sebaik-baik kesudah buat kami.... AMIN... YA ROBBAL AL-AMIN...