hatikering&co

hatikering&co

Followers

Saturday, November 26, 2011

~SELAMAT TAHUN BARU 1433 H~

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
YA ALLAH.......
segala puji bagi ALLAH tuhan semesta alam,
selawat serta salam keatas rasul junjungan kami,
Saidina Muhammmad SAW keatas keluarganya dan para sahabatnya,
YA ALLAH,
Engkaulah yang maha Abadi, Dahulu lagi Awal,
dan hanya kepada anugerah-Mu yang agung dan kedermawan-Mu tempat bergantung,
dan saat ini tahun baru benar-benar telah datang,
YA Allah,
kami bermohon pada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari godaan syaitan, kekasih-kekasihnya dan bala tenteranya...,
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan,
agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu,
wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemuliaan..
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keatas para keluarga dan sahabatnya.
AMIN...........



~SELAMAT TAHUN BARU 1433 H~

Friday, November 25, 2011

TUTUP

salam 1 MS.... 2 3 hari lepas MS ada terjumpa sesuatu yang menarik. ala-ala sindiran berbaur pengajaran jugalah hamba rasa. tetapi amatlah menarik sebab tu hamba nak share kat sini. tapi bagi sesape yang da penah bace ke, or dan pernah tersindir oleh apa yang bakal di'share' nie, MS mohon ampun la... kalo da rase tersindir tu paham2 la kan, xkan tu pun nak ajar kot.. x payah la nk tunggu masa yang sesuai ke hape kan.. huhu

okey la.. da panjang sangat da intro nie rase nyerr....

Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.

Maka pilihlah TUTUP.... :-)

Saturday, November 19, 2011

Panduan menhadapi musim tengkujuh


huh.. musim hujan datang lagi.. pagi, petang, malam dan x lupa juga tengah malam. lengkap 24 jam x renti-renti. penduduk pantai barat cakap best la kalo macam nie, hari xla panas sangat, tdo pon lena...

tapi, sedar la pada hakikat, sungguh berat bahu yang memikul time hujan-hujan macam nie.

masalah-masalah yang lazin dihadapi;-

1) tak cukup baju hendak dipakai berikutan baju yg dibasuh mahupun yang terkene hujan tak kering. 

2) perut yang sentiasa mendendangkan lagu-lagu berirama rock.

3) kesukaran untuk kemana-mana kerana adanya pepatah menyebut bumi mana yang tak ditimpa hujan.

4) nafsu tidur meningkat berkali-kali ganda kerana keadaan humidity yang tinggi menyebabkan kesejukkan serta keadaan yang muram hampir-hampir menyerupai malam.

5) bagi pengguna-pengguna Astro2 model lama(bukan beyond), masalah ganggu perkhidmatan siarah sudah tentu menyakitkan hati anda bukan?

6) kemudahan makana berunsur seafood amatlah susah dicari dan kalau ada pun harganya lebih tinggi berbanding biasa. ini kerana para nelayanis tidak dapat turun ke laut.

jadi, MS ade beberape panduan dalam menhadapi musim ini... lets check out:-

1) pakai baju yang jenis kain nipis seperti jersi ataupun baju melayu. kain pelikat juga adalah suatu pakaian yang sangat idea pada musim ini. turut disarankan agar baju yang dipakai boleh digunakkan sehingga 3-5 hari. ini kerana badan kurang mengeluarkan peluh yang boleh menyebabkan bau... hahaha (ayat ciplak iklan tu)

2) sediakan makanan yang mencukupi seperti megi, biskut, dan macam-macam makanan ruji yang lain.

3) pepatah juga ada menyebut, sediakan payung sebelu hujan, so, berdamping la dengan payung ataupun baju hujan anda sentiasa. peringatan, jagalah aset penting anda ini dengan sebaik mungkin kerana pada musim ini alatan ini mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi. har har har

4) sentiasalah cari kerja untuk dilakukan bagi insan2 yang x da kerja. jika masalah mulut terbuka dengan sendirinya, sentisa nyalakan lampu.. (hahaha, pastu bil melayang) 

5) bertukarlah kepada astro beyond ( astro x bayar ak k), ataupun gunalah teknologi lama, dengarlah radio.. 

6) makanlah makanan yang x berunsur seafood. apa susah kan. tapi kalo agak2 da mengidam sangat, makan je sardin. har har har

ermm.....

itu je kot yang dapat ku share hari ini... sekian..


Saturday, November 5, 2011

kuasa Ayat Kursi..




Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.






1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....

Tuesday, November 1, 2011

Andai seorang perempuan datang ^_^

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan…
Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu…
Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu…
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu…
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu…
Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya…
Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu…
Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu…
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

“Kau adalah kawan karibku.”
“Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu.”

“Kau dah seperti abang kandungku.”
“Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit.”
“Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu.”
“Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri.”
“Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu”.
“Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain.”
TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang…
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang…
BERANIKAN dirimu untuk 
MENEGUR
GAGAHKAN dirimu untuk 
BERUNDUR
TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,
Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,
Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,
Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,
Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang…
Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang…
Andai seorang perempuan itu datang…