hatikering&co

hatikering&co

Followers

Wednesday, January 26, 2011

Ten sis...

Alhandulillah... 1st sbb aku dapat update lagi belog ineh,
2nd sbb lap report yang da seminggu aku ngadap akhirnya ciap..

tajok belog neh ten sis.. bukan "thanks sis", tetapi membawa maksud tensen pom bnole jugak.
tapi niat aku cume satu iaitu
TeSIS.. hahaha

tesis ngan lab report takde beze sangat pun... pusing-pusing isi dan kandungan die same juge kan..
tapi, pape pun segale nye dah beres..

okeh ?? da nak tido dah.
stop la dulu eh.. saje nak kasi tahu tesis kite da siap.. haha( gelak takbur)

okeh.. bubai... 
c ya... 
nOKTAH>>>>>

Sunday, January 23, 2011

ape..??? kelab remaja single...??? !! grr

pagi tadi aku bangun terus aku mandi. niat tak nak tdo la. nak buat asigment la konon-konon. skali mukabuku jugak yang aku open first.. dem dem... puas belek puas tekan tetibe aku terjumpe satu bende alah nie. macam menarik.. *korunk nak tau ape aku jumpe?? jemg3x* haha

---------------- terpakse dihitam bagi menjaga sensitifiti.. mekaseh_(^-^)




dem.. sumpah, aku gelak aku tengok kelab nie masuk FB.. haha ade jugak rupenye bende macam ni.. hahaha..

so, sebagai remaje berhati kering *wekk*  seorng yang menyokong barangan buatan tempatan dan juga member-member se angkatan. aku JOIN ini kelab.. hahaha

ape?? korunk pun nk join gak... jom jom jom


untuk ke mane???

untuk ke
yeah

oke. sudalah promotion untuk hari ini,
mekaseh
10Q
MRsmile_(",)

hidop memang penuh dengan exam.. haha

aloha..haha...dah lama dah sebenarnya aku kene tag neh...tapi malas nak buat dulu.. aku kan insan biasa saja... kredit to cik patihing kerana sudi mengtag aku... neh jawapan dari aku.. more info klik sini

THREE NAMES I GO BY

mery *dikalangan member* sepu *cikgu aku time sekolah rendah je ok* along*mama n anak-anak buah aku je yang panggil neh*


THREE PLACES I HAVE LIVED

Kuala berang *tanah tumpah darahku haha* taman maidam *umah pak cik masto y aku sewe* Melaka * kisah 2 sem di matrik* 



THREE TV SHOWS THAT I WATCH

House *pacik kaki tempang* csi miami *uncle horatio yg stylo* merlin *dak sihir yg low profile*



THREE PLACES I WANT TO GO

mekkah *wat haji la * north landon *g tengok stadium emirates* syurga *amin...*



THREE OF MY FAVORITE FOODS

char kuey teow *adek beradek mee rebus kot* sate *ayam ato daging y disula n dipanggang* fastfood *sume jenis la y korunk tahu*



THINGS I AM LOOKING FORWARD TO

insan sehidup semati *ceh, pewwit haha* kebahagian *dari segala aspek* keredhaan *dari yang maha Esa*



THREE PETS THAT YOU HAVE OWNED

sume species yang x de kaki aku bele, x penat nak kejo *ikan guppy, ikan lampan, ikan fishville (-_-)*



THREE FRIENDS WHO WILL REPLY

weit.. kawan aku ramai sangat kot.. *xmo jawab soklan nie,*diskriminasi*



THREE FAVORITE BANDS/SINGERS

avenged sevenfold *sedang berjinak-jinak*, blink182 *zaman tengah-tengah*, greenday *dari zaman lower form till now*



THREE FAVORITE SPORTS TO WATCH

bola sepak *no komen* badminton *sbb wajib ada satu menang satu kalah* Futsal *x suke sangat pom tengok, maen suke.. ngee*


THREE FAVORITE DRINKS

tea beng *tea 'o' tambah susu* sirap laici *sirap tambah laici* coconut shake *air nyuir tambah ice krim*

THREE BLOGGER YOU WANT TO TAG

aku dan sesuatu *klik sini* cooney_mekni *klik sini* kisah sang puteri *klik sini*

okey.done.wantmore???
hahaha... lenkalilakkey...
bubai_(",)

Saturday, January 22, 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

Contest datang lagi.. oh yeah.. terima kaseh daun keladi kepada saudara serinditMerah kerane dengan rela dan tanpa kebenarannye mengtag aku untuk menjoinkan diri dalam contest *sebok wat-wat x rela lak kan kene tag*menyampah* haha
okeh, straight to da point senang citer. contest ini bertemakan gambar hitam putih. mengape die nak gambar yang itam putih. entah la, mungkin die ini salah seorang peminat cite-cite 30 an kot. tak pom die ni salah seorang ahli buta warna..*opps..* hehe dah2. cukup la dulu dosa untuk hari ini. ampun cik gadis bermate coklat.


ops.. terlupa. pada insan-insan yang terase nak menjoinkan diri kedalam contest ini boleh lah meringankan tangan menekan-nekan kat gambar diatas. kalo x boleh. klik sini

setelah menjadi pengikut yang ke sembilan ratus dua belas, dan syarat yang ke tiga aku kena nyatakan apekah yang aku nak buat dengan duet Rm1oo *kalo menang la.. hehe* rm100.. besar jugak tuh nilai die, boleh la buat beli kasut futsal baru seperti yang telah diwar warkan pada post-post yang lalu. itu saja. ok. mekaseh.


....hitam dan putih.....

sekarang:- peraturan no 4. yang menyatakan "4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join !"
jadi, dengan bangga aku nak mengtag ialah..


Wednesday, January 19, 2011

kisah bapak

 jadi bapak?? Bila aku kawin??
Maksud aku bukan bapak kepada anak-anak manusia, al-maklum la, kawin pun belum mana boleh naik pangkat jadi bapak. Ya. Memang aku belum kawin, tapi aku yang mengahwikan mama dan papa kepada dak-dak ni. nak tahu ape yang aku nak ngarut nie, korang teruskanlah menelaah patah-patah perkataan yang seterusnye ok.  dah2 ngarot mukaddimah panjang2. ni nak cte pasal ape yang orang tue-tue cakap bukan senang nak jadik bapak. tapi, mmg harus direspectlah orang2 tue senior, ape yang diorang cakap memang benar dan tepat kot. banyak barang nak dok prepare. tang yang seronok nak bagitau adalah tang cari bulu ayam. ( jangan wat muke pelik plak nak jadi bapak kene ada bulu ayam ) sat-sat, kesian plak aku tengok engko orang ni wat muke pelik cam gituh, ok la, aku terus terang , ni kes nak breed anak ikan keli ma. hehe tu pasal aku cakap tak payah klawin pom bole jadik bapak. . oke, beralih pade kisah mencari bulu ayam. aku ngan member aku puas kot pusing satu wilayah gong badak cari saudara2 yang jual ayam tak pom macik2 yang ternak ayam. puas meredah. tanya abang yang jual ayam sepesen je jawapan diorng " dok tahu la dik, orang mari ato gni doh, ciap semeleh kali ngan cabut bulu laluh doh " . pikir2 balik memang betol pom ape yang die cakap. perjalanan diteruskan ke kawasan kampung sebelam taman aku duduk.  tak sangka ramai la pulak ayam. berenti depan satu umah macik ni, punye la dekat plus terus dapat kot cik bulu ayamnya. adoii..
selesai bab ayam, nak citer bab ikan lak. banyak sangat la nak citer sebijik-sebijik. pilih ikan yang cun, kalo yang betina tu nak yang perut besar gtuh. mudah- muahan banyak telurnya. ye dak? kalo orang ni laen mcm sket. perut besar tak semestinya banyak telur kan. ( tak merujuk pada sesiapa ) sudah pilih, timbang dan buat ape yang patut bermasuk lah berpossing di depan kamera. masok malam lam pukul 11 ++ baru cucuk puan keli ngan en keli ngan satu benda alah nie hormon ke ape ntah ovaprin name die... ha? ade soklan.. *kenape cucuk ikan tu kene malam ?? jam 11 lak tu. kenape cucuk malam ek, malam2 kan gelap, best, waktu sesuai nak wat projek.. ha pk negatif la tuh. tak adalah mcm tuh. #bergurau. sebenarnya tuk hormon tu bertindak dalam masa 8-12 jam. jadik, kalo cucuk pukul 11 krenya dalam pukul 8 pagi sudah boleh ambil telurnya untuk dikahwinkan. tapi, kisah pasangan keli ni sedikit menyanyat hati sebab en,keli terpaksa dikorbankan untuk mendapatkan sperma die. kene buat manual la maksdnye. testis tuh potong kecik2 perah dalam timbunan telur2 td..ha, nilah masanya nak guna bulu ayam macik tadi. nak buat kacau telur ikan ngan sperma. bulu ayam kan lembut. kan guna sudu kan rosak pulak telur-telur sekalian.

ni upacara mengorban en.keli. *potong tang perut die*

ni pulak upacara kacau telur+sperma *tengok tang bulu ayam tersebut*
kredit pada macik yang berkenaan.
selesai keje menyacau, campak saje lah dalam air. tunggu la die menetas. TAPI.. korng kene tahu, sebagai bapak yang bertanggungjawab, setiap perkembangan tulur haruslah direkod. haha ciap kene lukis lagi. tapi kite jump-jump lah ek. bukan ini post pasal lecture pembenihan pom kan.cukop 25 jam ++ kuar lah engko sang dak-dak keli. aku nak bagi name sekor-sekor pom tak mampu pasal ramai sangat.satu lagi masalah, dah la sume dak-dak ni sepesen aje.. 

jom terjah !!!
dak-dak berkenaan *cek kat bucu tu ye.

salah satu insan terbabit.. 
sebagai pencuci mata. try usha ini :-


video

mr.SmiLe_(",)

Tuesday, January 18, 2011

.: kegilaan diri :.

minggu lepas 119 sekarang sudah 169 sudah naik, terbantut niat aku nak pegang. nampaknye tepakse jugaklah kasut  yang lama itu terus berjasa pada aku. bukan tak nak bagi kasut tu bersara lagi. tapi terpaksa la aku menggunakannya sehingga ke hujang hayat nampaknya. yang sedih tuh usia kasut nie pada aku da setahun dah. tu tak termasuk berape lame dia dok lepak kat kedai sebelum aku beli tuh. jahit tambah repair tuh jangan cakap la, dah dua tiga kali dah. niat memang nak beli kasut baru la. terus terang cakap dah lama aku duk usha ctr360.
bende alah ni ade banyak kaler, tapi aku stim gler tgk yang kaler merah ni. x tahu asal..



- hari ni aku pegi hage suda naik ma, kecewa beb, bajet lari... laen kali la pulak ye sayang, aku nk angakt jugak, sumpah !!!

Monday, January 10, 2011

penangan anugerah juara lagu

Anugerah juara lagu dah masok kali ke 25 dah semalam. walaupun juara lagu kali ni aku tak begitu teruja untuk melopongkan diri berada di depan tv, tapi aku ada jugak meletak harapan kat satu group yang bertanding. semalam group ni buat persembahan no 3. band nie adalah gabungan antara-antara star indie band yang bertanding atas nama API dengan lagu diorang bertittle pelita. bagi aku, persembahan mereka memang stylo dengan bertemakan peperangan. tp, nak dijadikan cerita, lepas band ni performed aku keluar. maknenya takdalah aku dok melangok depan kotak hitam tuh lagi. so , aku tak nak la komen lebih-lebih untuk persembahan yang selebihnya. apa-apa pun johan dah ditentukan. tahniah la pada cik ana rafali yang menganbil tempat pertama. bleh duit rm35 ribu, ye dok?? haha

klik gambar ini untuk menonton persembahan api.
kisah-kisah ni terbawak-bawak sampai ke kelas. lecture pun tumpang sekaki. yang lawak tuh, lecture tanya ape maksud "ANATOMY" , ade pulak yang jawab ANA RAFALI.. ape kaitan pun aku tak tahu. macam-macam la. k la. akhir kalam, aku nk share lirik lagu pelita ini. aku nk share lagu johan tu aku x brape nak minat. so, ampun diminta la ye... permisi


Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
slama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,
slagi hayat di kandung badan,
Korus:
Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,
kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke srata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir.

tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
stakat ini,

tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

ulang Korus

Bridge:
Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!
Ulang Korus x 2
Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Srata Dunia,
Seperti Cahaya…….

lagu oleh:LoQue
lirik oleh :LoQue
diterbitkan oleh:LoQue/Greg Henderson
A.P.I,sebuah kumpulan terdiri dari: Noh Hujan,Lan Typewritter,Din Homatov Estranged,Imran OBS,AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/ Butterfingers.
Hakcipta terpelihara:Pustaka Muzik Pancasona/Penerbitan Pancasona

Sunday, January 9, 2011

benarkah akaun facebook akan ditutup..???

heboh diperkatakan sekarang bahawa akaun facebook atau lebih digemari dengan name komersialnya diantara kawan-kawan aku dengan panggilan mukabuku akan ditutup. daripada sumber yang aku dengar dan baca daripada laman web http://weeklyworldnews.com/headlines/27321/facebook-will-end-on-march-15th/ menyatakan bahawa akaun mukabuku ini akan ditutup pada 15 mac 2010 ini.


Menurut laman web tersebut, dikatakan bahawa pemilik laman sosial ini mengalami masalah tekanan yang tinggi dan mendapat banyak ancaman daripada pihak luar. dikatakan lagi bahawa beliau ingin menutup segala kemarahan orang ramai terhadap dirinya yang hadir akibat daripada laman sosial ini. 
dia juga menyatakan bahawa dengan penutupan akaun iniakan menjadikan kehidupan kita lebih baik. kita akan menjumpai kawan yang sebenar jika dibandingkan dengan kawan maya dan hanya hadir di dalam mukabuku ini sahaja.
Jadi, beliau menyuruh para penguna facebook untuk menganbil balik segala apa yang pernah dimuat naik kedalam laman sosial tersebut sebelum tarikh penutupan tersebut. 
tapi, sejauh mane kebenaran berita ini? inilah yang kita tak tahu. adakah ia sekadar dakyah-dakyah pihak ataupun sekadar berita palsu? jadi, kita bersama pastikannya pada 15 Mac ini. sekian.


Wednesday, January 5, 2011

fenomena awal sem

malam ni kene tido awal sedikit la, esok kelas kul 9. stop dulu dari bersukan yang da lame ditinggalkan. sukan yang aku kate tuh sukan counter strike la. biasa la, hiburan.masok bilik pasti mukabuku jap, tdo. keesokkan pagi pulak semangat bangun awal lak tuh, teros tak tido da. buat la ape yang patut sementare nak tunggu masa yang sesuai untuk mandi. nak mandi awal-awal sejok, pulak tu piagi ni dapat pakej hujan lebat lak tuh. ni kalo kat rumah ni kompem berbungkus lagi ni. tapi, al-maklum la, sem da stat. ade la tanggungjawab nak kene buat. layan mukabuku xde yang hendak dikomen lagi. buka paper pun berita cam xde yang menarik, tekan sana klik sini sedar-sedar da jam 8.3o da. aik, laju ar pulak masa ni berlalu. ambil towel, mandi. sejok jangan cakap la. ku tahan, demi kelas la katekan.
keluar je dari muka tandas baru aku teringat kelas kul 9 nie xde la. semalam lecture da cakap. rugi dowh aku mandi awal-awal. patut la sume housemate aku pakat-pakat tarik selimut lagi. hampeh betul. naseb baek kelas seterusnya kul 10. takla membazir sangat aku mandi. kire ok la jugak. hujan macam biase. maintain jep turun. takpe la, bukan kelas ade pun. masa terus berlari. da pukul 9.45 da. ready nak pegi kelas da masing-masing. hujan punya pasal kene pakai jeket kalis peluru kos la gayanye.

ni la pndangan belakang jeket tersebut..  bukan sahaja mampu
kalis hujan, silap-silap, kena kapak pun tak rasa. hehe

tibe-tibe ada la insan terpilih dapat kol, "Kelas Batal"..
memang tarbaek la, kelas seterusnya pulak kul 2. tu la pasai, awal-awal sem macam ni la gayanya, banyak kelas yang takde. huhu.. nampaknya kene tarik selimut balik la nie. haha okey, nk tarik selimut dulu. chow.. _(",)

Sunday, January 2, 2011

kelebihan menangis

1. Membantu penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteri

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi.Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun. keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis mengurangi stres? Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian. Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.




Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.

p/s- mengapa aku post pasal menangis ini? aku pun tak tahu, mungkin saja nak berkongsi ilmu atau sesuatu. tapi, terus terang aku cakap, aku sekarang memang amat susah untuk mengeluarkan air mata, orang cakap kalau susah nak menangis, hati kita keras. jadi, memang sudah keraskah hati aku?
pada yang amat senang menitiskan air mata, aku ucapkan syabas dan korang amat patut bersyukur. hati korang masih lembut. bukan meminta untuk menangis, tetapi kalaulah dengan menitiskan air mata menjadi kayu pengukur tahap kekebalan hati, aku memang sudah gagal.
 ~ bantu aku lembutkan hati ini. hehe

Saturday, January 1, 2011

masa terus berputar

BYE BYE.... selamat tinggal 2010. selamat datang 2011, datang bersama dengan pelbagai cabaran dan halangan yang bakal ditempuhi nanti. semoga tahun ini memberi seribu harapan dan kegembiraan bersalut kebahagiaan pada kita yang melaluinya. masa terus berputar, sedar tak sedar cepat betul masa berlalu. terasa seperti baru sahaja menyambut kehadiran 2010, pejam celik pejam celik hari ini, sabtu sudah masuk tahun 2011 dan pastinya 2010 hanya berada dalam lipatan sejarah. kedatangan tahun baru ini seperti tiada apa yang khusus sangat dengan diri ini. orang sibuk bertanya apa azam tahun baru.. azam tahun baru..??? hahaha, diri ini da penat sudah hendak membuat azam. azam baru kah?? azam lama pun belum terlaksana. entah bila menjadi kenyataan pun tak tahu. jadi, aku mengambil keputusan muktamat untuk tidak membuat apa-apa azam langsung. senang sikit hidup. tak perlu terkejar-kejar. hidup simple. sebut pasal tahun baru, tak sambut dan tak pergi mana-mana pun. bukan hujan menjadi alasan. tapi memang menanggung tahap kemalasan yang dasyat untuk keluar. akhirnya aku sambut kehadiran tahun baru dihadapan tv layan cerita ong bak. satu je yang pelik, awal-awal pagi sudah bangun. kena bangun packing barang. sudah tamat cuti sem aku. hari ini kena balik negeri. betul lepas zohor, hujan beransur reda seperti merahmati perjalanan aku pulang. Alhamdulillah selamat tiba.
akhir kata sempena post pertama buat tahun 2011, selamat tahun baru, selamat menempuh cabaran pada tahun ini dan hari- hari mendatang. c ya.