BYE BYE.... selamat tinggal 2010. selamat datang 2011, datang bersama dengan pelbagai cabaran dan halangan yang bakal ditempuhi nanti. semoga tahun ini memberi seribu harapan dan kegembiraan bersalut kebahagiaan pada kita yang melaluinya. masa terus berputar, sedar tak sedar cepat betul masa berlalu. terasa seperti baru sahaja menyambut kehadiran 2010, pejam celik pejam celik hari ini, sabtu sudah masuk tahun 2011 dan pastinya 2010 hanya berada dalam lipatan sejarah. kedatangan tahun baru ini seperti tiada apa yang khusus sangat dengan diri ini. orang sibuk bertanya apa azam tahun baru.. azam tahun baru..??? hahaha, diri ini da penat sudah hendak membuat azam. azam baru kah?? azam lama pun belum terlaksana. entah bila menjadi kenyataan pun tak tahu. jadi, aku mengambil keputusan muktamat untuk tidak membuat apa-apa azam langsung. senang sikit hidup. tak perlu terkejar-kejar. hidup simple. sebut pasal tahun baru, tak sambut dan tak pergi mana-mana pun. bukan hujan menjadi alasan. tapi memang menanggung tahap kemalasan yang dasyat untuk keluar. akhirnya aku sambut kehadiran tahun baru dihadapan tv layan cerita ong bak. satu je yang pelik, awal-awal pagi sudah bangun. kena bangun packing barang. sudah tamat cuti sem aku. hari ini kena balik negeri. betul lepas zohor, hujan beransur reda seperti merahmati perjalanan aku pulang. Alhamdulillah selamat tiba.
akhir kata sempena post pertama buat tahun 2011, selamat tahun baru, selamat menempuh cabaran pada tahun ini dan hari- hari mendatang. c ya.
No comments:
Post a Comment