hatikering&co

hatikering&co

Followers

Wednesday, September 29, 2010

menjaga hubungan..??? bagaimana..???


Hubungan adalah penting bagi setiap orang atau anda sedang mencari hubungan yang baik dengan seseorang yang mengurus tentang anda dan mengerti anda.
Dalam hubungan setiap tahap penting kerana membolehkan anda untuk mempelajari lebih lanjut tentang pasangan anda dan mengesahkan perasaan anda terhadap hubungan dengan mereka.
  • Maafkan dan Lupakan: Dalam kapal hubungan anda jika ada hal-hal yang salah kemudian belajar untuk memaafkan pasangan anda. Sila tidak pernah menunjukkan bahawa anda benar dan juga tidak menyalahkan pasangan anda. Cuba untuk melupakan kesalahan, benar-benar lupa. Cuba menantikan esok peduli.
Fikirkan Jangka Panjang: Setiap hal yang penting dalam hidup anda seperti ahli keluarga anda, pasangan anda, anak-anak dan rakan-rakan anda. Tapi bagaimana untuk menjaga hubungan jangka panjang tanpa menyakiti tubuh apapun. Jika anda berfikir bahawa anda perlu menjaga hubungan jangka panjang dengan siapa pun kemudian melibatkan diri dengan mereka. Mengerti dia atau dia dan cuba untuk terlibat dengan mereka.
  • Mempercayai: Menjaga hubungan jangka panjang adalah penting untuk anda, tetapi kepercayaan kapal anda hubungan memainkan peranan penting. Tanpa ada kepercayaan membina hubungan yang kuat dan baik.
Resolusi Konflik: Setiap kali anda membuat segala jenis kesalahan sukar bagi anda untuk minta maaf. Sebuah hujah adalah untuk membuat jauh antara anda dan pasangan anda. Cuba menyelesaikan konflik anda dan penting untuk mencari resolusi cepat.
  • Komunikasi: Komunikasi merupakan kunci penting dalam setiap diajukan. Komunikasi yang baik menyelesaikan masalah konflik anda, orang lain memahami anda.komunikasi yang baik anda akan menunjukkan bahawa apa yang anda fikirkan tentang pasangan.
    •  


Saling menyokong:
Setiap orang perlu saling menyokong. Untuk saling menyokong anda harus berkongsi setiap berfikir dengan rakan. Cobalah untuk menunjukkan bahawa anda percaya pada dia.
  • Jadi pendengar yang baik: Cuba memahami pasangan anda dan dengarkan pasangan anda dan menyelesaikan masalah konflik anda kerana komunikasi yang berkesan memerlukan kemahuan di kedua-dua belah pihak untuk memahami satu sama lain.

Monday, September 27, 2010

KASIH sesama insan....

SURAT UNTUK ABANG... 
Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. Abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...

Kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam ak sesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri

Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. Ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama sekolah bukak ayang baliklah dengan anak-anak.. pesanan ayang...

DAN... YANG TERAKHIRNYA... ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.

Dari Ayang... 



SURAT UNTUK AYANG (balasan SURAT UNTUK ABANG) 
dear ayang,

bukan lah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang.. 

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak.. sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer.. tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nnti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. 

jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah aa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu..


ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang