hatikering&co

hatikering&co

Followers

Monday, February 28, 2011

don't you cry... i always with you, for ever


don't you cry... i always with you, for ever


just one go... more to comes, more to face...
just go on...
One down, 3 to go. We need to focus.









I still believe.. We had he chance to win trophies this season... So losing one is just ONE! The main issue is HOW we let this effect us!! If we bounce back.. Everything is still open to us.. We ae very much alive in every competition... Losing hope now will do us no good!.. We must support he boys... The whole world be on their case..'we cannot do the same... I for one will be always behind you... ARSENAL..


That's the spirit!

Keep the faith!



< click the picture>

In Arsene I trust!

i always with you,

Arsenal

for ever...

Saturday, February 26, 2011

bahana edisi jom heboh terengganu


ini post bukan kisah bala akibat kesesatan dan kemungkaran umat pada Maha Pencipta, tetapi ape yang haku ingin rungkaikan disini adalah keadaan ataupun bahana Karnival sulung JOM HEBOH anjuran TV3 ke Terengganu pada jumaat 25-2 dan sabtu 26-2 2o11.

ape yg bahana???

- nila kali pertama JOM HEBOH datang terengganu sejak penubuhannya. apa lagi, seluruh rakyat jelata dari seluruh pelusuk negeri terjah ke dataran shahbandar tak kira tua muda dan lapisan masyarakat. haku pun tidak terkecuali.bukan gilakan JOM HEBOH, tapi lebih kepada meninjau keadaan dan selok belok keadaan disana. berbekalkan henset, selepas asar haku pun gerak ke tapak karnival berkenaan. (naseb baek member haku ade bawak kamera digital yang kompem2 lagi power dari henset haku.. pimjam la.huhu).da gerak..  lalu 5,6 kilo nak sampai, tru dia.. jam memanjang. ni kompem pasti xde parking. terpakse park jaoh la nie...

- parking da jumpe, kene la jaln ke sane lak, dalam sebatu gak la jauhnye, ish3x.
macam-macam ragam manusia haku jumpe, yang xle bla tu ade satu mak cik dan anaknya nie haku tengok tangan kiri kanan penuh ngan barang. macam beli barng nak wat neraye pom ade jugak da aku tengok. ( naseb baek time nie haku belum memulakan operasi snap menyenap lagii. kalo x, haku da upload da nie.. huhu ) xde rezki la korang.

sampai sane memang ramai betul manusia,, haku ade snap gambar. korunk tengok jela okey...


kanak- kanak ribena...

sile... sile,,, sile...

belon karnival...
( belon ke org pnggl menatang nih??? )

en. badut sehat ????
( gelak jaat _)




ape yang bahana lagi ???

- kemaksiatan... ( pasti la ade, mane2 pom bole tengok..)
ni je haku leh kongsi ngan korang,,,, hak3x
( jgn berfantasi y bukan2 okeh,,,)

- pusat pembuangan barangan peribadi. (mungkin terlalu teruja datang jom heboh sampai barang jatuh pun tak terperasan )


mentang2 da x panas, topi da bole buang ek??
haku syak ni jatuh time mak die dok sebok kejar akim kot.... huhu

kesian adek, selipar hilang....


 -sampah sarap sudam menjadi syarat y wajib.. kan3x

tapi.. ade yang unik pom ade... huhu

berkelah di tengah bandar. stylo kan ??? kan3x

yang haku tak paham.. sekian

mesra cepat dan betol... ( kpd model- JGN PERASAN)
itu slogan en.polis okeh...


sebenarnye adek neh ngah lompat2 atas bola tu.. tp.
( oleh kerna ini adalah gambo bukn video, so itu pasal die stay je, x gerak.. hak3x)

haku pun x tahu ape motif pic neh....

dan, akhir kate. pesanan penaja...

ni, haku snap b4 haku nak makn mlm.... huhu
sekian dulu... bubai... c u next post.. ahaks. 
mR.smile_(",)

Kimia minyak dan sinki

ini post datang bersame tips tok orang-orang dapur dan untuk orang yang tak penah masuk dapur. sebab ape? sebab sinki ade kat dapor je. dan satu lagi minyak, minyak yang ade kat dapor kompem2 la minyak masak kan. ape chemistry minyak masak dan sinki ??? jom kite terjah...

korunk penah tengok kes sink tersumbat ?? ini kalo tak laen tak bukan sebab ade tikus mati dalam paip tuh mungkin sebab sampah dan juga sisa pepejal yang memang sah-sah kepejalannye. hak3x ( ayat mcm gampang) tapi, pasal sampah tu korunk settlekan sendiri la ek. yang haku nk citer kat sini pasal chemistry minyak dan sinki lol.

minyak yang dah bercampur ngan lemak biasenye akan beku kalo die sejok. so, kalo korunk buang terus masuk sinki, kompem2 die akan beku dalam saluran paip korunk tuh. kalo da beku kompem2 la tersumbat paip tu. maka, sinki pun tersumbat.

jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, korunk buat lah ini ;-


sekian..
selamat memcuba....

Thursday, February 24, 2011

Pinky Faceblog.... vs facebook... keh keh keh



SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.

TERIMA KASIH

~jom le sahabat-sahabat sekalian kinte pakat-pakat memeriahkan laman sesawang yang kaler pink nie. i like pink.. huhu. (p/s- jgn tny haku nape die kaler pink.. keh3x) maybe PINK itu menawan kot. kan3x ???


untuk join dan memeriahkan ini FACEBLOG semeriah facebook, sile kelikk SINI <-----

Sunday, February 20, 2011

Orang buta menipu..


salam satu agenda... hari ini haku takde mud nak setadi. jadi, bagi memenuhi masa-masa yang bersepah berterabur ini, haku terai la tekan-tekan laptop haku nie. pakai google, tekan citer-citer ngarut. penat gelak bace cite sedih, citer menberi pengajaran pom ade. jangan ingat intenet nie sume negatif key..

jadi, dalam post kali ini haku ingin kongsi la ngan hampa sekalian ummat sekalian pasai satu cite neh, yang haku bace la. tak tau la sejauh mane kesohehannya. tapi, cite nie memang macam betoi pom ade jugak.

tapi,.. tok pengetahuan kalian, cite nie haku juz CAP jek... ape lagi..

ce bace... cce bace....

" deruman enjin bermotor kuasa empat lejang bertaburan bingit di halaman rumah... tidak syak lagi pasti teman-teman aku yang tiba bersama rancangan jahanam mereka...sekali lagi tidur aku terganggu... jam 8 pagi bukan masa aktif aku sebenarnya... namun aku bingkas bangun mencapai tuala dan berjalan tenang ke bilik air... setelah titisan air dari paip direnjiskan di mata dan membelai gigi dengan oral b, aku bersiap...


rupanya destinasi jahanam aku adalah ke pasar tani berdekatan... aku suka ke pasar tani... banyak bentuk ragam manusia aku boleh lihat... sedang mata meliar melihat barangan klasik dan anak gadis sunti, hati terdetik terpandang seorang jejaka lewat 50-an sedang duduk bersimpuh sambil kaca mata hitam disangkut ke telinga menghalang penglihatan.. di hadapannya terpampang seberkas mangkuk usang berisi wang ringgit beserta syiling...

pergolakkan simpati aku meningkat apabila terpandang wajah sayu tak berupaya... dirinya aku hampiri... kulihat dari atas ke bawah, memang orang ini perlukan belas kasihan orang ramai kerna kecacatan diri jadi batu penghalang dalam hidupnya untuk memperoleh sebarang kerja halal mahupun yang haram...

tangan menyeluk masuk ke saku bontot kanan levi's golok aku, not merah dari dompet aku keluarkan... dengan hati tulus serta ikhlas, aku letakkan perlahan ke dalam mangkuk... 

si buta ukirkan senyuman... mendongak kepalanya dan tepat memandang ke arah aku seraya bersuara," terima kasih ye nak..." sebelum kembali tunduk,sopan...

dek kerana dia sedar kehadiran aku serta tahu pula usia aku, aku haramkan pemberian aku tadi... matilah kau si buta dilanggar kereta... "

sekian...

moral of da stori hampa pikir la sendiri okeh..
sekian dari hambe... mister semile..
p/s;- CAP= copy and paste yer.. har har har

Friday, February 18, 2011

lubuk contest untuk korunk..

salam sekalian alam.. hari ni haku juz nak kongsi beberape rezki yang haku jumpe semase berbelog walking. ade macam-macam contest dan macam0macam hadiah ade tok korunk. disi haku ade selitkan beberape banner contest. kalo korunk minat mane-mane contest tuh, kelik aje la kat banner tersebut.. akhir kate, selamat mencube.. mekaseh..

contest "BERIKAN SATU TAJUK DRAMA"

contest "TEKA SENYUMAN ARTIS"

contest and giveaway alia ohh alia

nina's first giveaway

contest saye sayang kawan saye
contest gambar hitam putih paling cool

contest kami pose comey..

contest gambar paling comel...

----- selamat mencube sehingga berjaye------

Thursday, February 17, 2011

contets : Mak Dara 1st Giveaway (GA)


Pagi-pagi dalam berbelog walking, haku ade terjumpa satu belog yang agak menarik dan belog ini menganjurkan satu contest la lebih kurang.. 
memandangkan mak dara ni adalah seprng penulis skrip, beliau ingin kita :-

"BERIKAN SATU TAJUK DRAMA"

bagi sape-sape yang berminat, untuk mengetahui segala terma dan syarat berserta hadiah 1st Giveaway ini, korunk bole lah mengelik DISINI..

dan..
tajuk yang ingin haku berikan adalah title belog ini sendiri iaitu

" HATI KERING "
hati kering ini seperti seorang insan yang ingin mencari seseorng teman hidup yang sesuai dan boleh dikatakan memang diciptakan untuknya. walau pelbagai dugaan dilalui, die tetap yakin bahawa akan ada the right person untuknya. 


dan, bagi memenuhi syarat penyertaan, dengan bangganye haku nak tag


" sekian.. terima kasih "

Tuesday, February 15, 2011

ikhlaskah kita ? kuatkah kita ??


Orang yang ikhlas,orang yang kuat!!. Ikhlas itu adalah rahsia Allah dengan hamba-Nya, yakni manusia. Malaikat yang hampir kepada Allah pun tidak mengetahui rahsia ikhlas para manusia.
Malah syaitan juga tidak dapat mencuri maklumat mengenai rahsia keikhlasan dan syaitan juga susah dan takut hendak mendekati mereka yang segala perbuatannya kerana menginginkan keredhaan Allah.

Satu kisah untuk dikongsikan tentang keikhlasan..


Ada seorang jejaka terjumpa buku di taman. Di dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya, dan juga tertera ‘Aisyah yang sedang mencari sahabat hati’.

Tergerak hati jejaka itu mengutus surat dan mengembalikan buku itu kepada si gadis misteri itu. Beberapa kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia bersetuju berkawan dengan si jejaka, dan berterima kasih kerana menghantar buku yang hilang itu. 

Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bertemu.

Si jejaka amat ingin bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis tersebut.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil berkhidmat misi ketenteraan di luar negara. Si jejaka susah hati kerana bimbang dia mungkin tidak dapat berjumpa gadis kesayangannya.

Maka diutus sepucuk surat berbunyi: “Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayangkan padaku, kita akan berjumpa suatu hari nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum bunga mawar berwarna merah. Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku.”

Selang beberapa tahun, pada hari kepulangan si jejaka yang diangkat sebagai perwira negara, si gadis yang setia itu menunggu kepulangan buah hatinya, sambil memegang sekuntum bunga mawar merah.

Diperhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum mawar merah,seperti dalam perjanjian mereka dahulu. Begitu juga si jejaka berdebar-debar bertemu orang yang disayangi.
Tetiba si jejaka ternampak si gadis yang gemuk, hitam, berjerawat, duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persis mencari seseorang.

Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tanganya memgang sekuntum mawar merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza imaginasinya.
Namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut dan menyapa, Aisyah?Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata: “Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu.”

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata:”Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu dengan orang tuamu.”





p/s:
Berapa ramaikah lelaki yang sesuci hati jejaka ini? Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Aisyah. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu??





Terima kasih kerana ikhlas membaca post ini. moga2 kalian dipertemukan sahabat hati yg ikhlas. Amin.._(",)



mR.smile_(",)

Monday, February 14, 2011

salam maulidur rasul 1432H


Dan tidak kami utuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam
- Al anbiyaa' 107-

hari ini, haku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul pada semua. satu malaysia, satu ummah.
supaya kita sentiasa menjadikan junjungan besar Nabi Muhammas SAW  sebagai ikutan dan secara mutlaknya sebagai role model dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah.

kandungan selawat pada junjungan besar kekasih Allah.


mude remaja nie, teringat zaman muda mudi sekolah rendah dulu kala,
pakai baju melau ensem-ensem,
berarak kelililng kampung.... ramai-ramai...
( walopom time tu tak berape nak paham sangat pom ape tu maulidur rasul neh..)
yela.. ust ceramah kite bersembang pasal otomen kat belakang... haha

tapi, pihak sekolah tak penah serik jugak jempot ustaz datang beri ceramah tiap-tiap tahun,
syabas sekolah..._(",)

akhir kalam,








Sunday, February 13, 2011

kisah di hari bertarikh 14 feb

Di suatu malam di sebuah bandar raya, di hadapan sebuah shoping konplex ( yang pasti bukan bandaraya pesisir air la.. hehe) bertarikh 14 februari 2011… 


Cik Awek : awak, nape bawak saye jalan-jalan hari ni ??
En. Pakwe : saje, hari ni kan hari yang special buat orang2 macam kita...

Cik Awek : special? mengape? besday sy lambat lg, awak pulak kan da lepas. anniversry kite pun bulan lima nanti.. sy x paham la.
En. Pakwe : hari ni kan 14 feb. valentine day...



Cik Awek : ish.. ustaz kite cakap "Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya."
En. Pakwe : maksud awak?
Cik Awek : maksud sy, awak seperti sayang sy sehari je iaitu hari ini sahaja. lagi 364 hari lagi awk x sayangkan sy la??
En. Pakwe : erm.........



mereka pun melangkah ke panggung wayang.. selang beberape ketika, habis.

Cik Awek : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
En. Pakwe : A’ ah xbosan. Best!
Cik Awek : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
En. Pakwe : Errr~ hehe.. 

Cik Awek : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
En. Pakwe : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Cik Awek: Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
En. Pakwe : Errr~ hehe.. 

Mereka pun menuju ke taman bunga..
Cik Awek : Awk, sy cantik x?
En. Pakwe : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Cik Awek : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
En. Pakwe : Errr~ hehe.. 

Mereka pun tiba di taman bunga..
Cik Awek : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
En. Pakwe : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Cik Awek : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
En. Pakwe : Takpe de..awk kn awek sy..
Cik Awek : Awek je..bukan isteri yg sah..
En. Pakwe : Errr~ huhu.. 

Cik Awek : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
En. Pakwe : Alaa..upload la terus dalam fb.
Cik Awek : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
En. Pakwe : Errr~ huhu.. 

Mereka pun pulang..
Cik Awek : “Awk, awk syg sy x?
En. Pakwe : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Cik Awek : Buktinya??
En. Pakwe : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Cik Awek : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
En. Pakwe : Eh..errr~ huhu 

Cik Awek : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
En. Pakwe : Eh..mestila! hehe
Cik Awek : Tapi awk tipu sy!huu~
En. Pakwe : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Cik Awek : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam. 

En. Pakwe : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Cik Awek : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..

awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..

tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? 

Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? 

Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~ 

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan... 

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Cik Awek : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

En. Pakwe : ...... 

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~] 

peringatan utk semua dan diri ini yg sentiasa hanyut dgn godaan syaitan...semoga kita semua kembali kepada Allah s.w.t~~