hatikering&co

hatikering&co

Followers

Sunday, June 5, 2011

yes.. kau menang rm10, 000

Salam satu blogger. Penah tak korunk kene tipu atau menipu ?? tipu la kalau korunk cakap korunk tak penah menipu dan ditipu.
So, entry kali ini bukan cerita tentang seorng penipu atau mengajar cara-cara mahu menipu. Ini berasaskan kkisah yang agak benar yang dialami oleh kawan serumah MS tak lama dulu. Lama tak lama juga lah, masih dalam tahun ni. Ini KISAH TAKTIK PENIPUAN CYBER.. cyber disin bukan bermaksud intenet tetapi dengan menggunakan henset dengan hanya satu panggilan.
Macam mana ia lakukan ?? ni nak citer la nie..
  1. Makhluk yang kol (call) tu akan cakap beliau daripada syarikat prabayar seperti CELCOM or MAXIS atau pun DIGI dan apa-apa yang sama waktu dengannya. Makhluk tersebut akan menyatakan bahawa no phone anda adalah no yang bertuah dan anda memenangi sejumlah wang yang agak besar nilainya.

  1. Makhluk tersebut akan minta no akaun anda. Kebiasaannya akaun MYBANK. Tetapi kalau tiada apa-apa bank pun boleh diterima pakai. Dan tidak ketinggalan makhluk terbabit akan bertanyakan jumlah wang dalam akaun tersebut.

  1. Setelah anda memberikan no akaun terbabit, makhluk ini akan minta anda ke mesin-mesin ATM yang terdekat. Makhluk tersebut akan berikan masa lebih kurang 15 minit kepada anda untuk anda bergegas ke mesin-mesin ATM yang terdekat.

  1. Andailah anda berada di depan ATM dan makhluk tersebut menalefon anda, makhluk ini akan meminta akan masukkan kad ATM anda dan selanjutnya suruh anda cek baki dalam akaun anda. Selepas itu, jika bank yang anda nyatakan berbeza dengan bank yang dia minta makhluk tersebut akan suruh anda pilih TAMBAH NILAI. Lalu makhluk ini akan menyuruh anda tambah nilai kedalam akaun telefon makhluk tersebut. Jika akaun anda sama dengan akaun yang dia minta contohnya MYBANK td, anda lebih berisiko untuk hilang lebih banyak cash. Makhluk ini akan meminta anda melakukan akaun transfer kedalam akaun makhluk ini.

  1. Seterusnya. Wang dalam akaun anda mengalami kemerosotan tetapi tiada sebarang penambahan seperti yang dia dinyatakan bahawa anda memenangi hadiah.
So.. MS nak minta la pada korunk sekalian untuk lebih berhati-hati. Ingat senang ke orang nak bagi kita apa-apa mudah-mudah macam tu kan. Seperti yang berlaku perkara diatas, bila kita pikirkan. Andai benar dia nak beri hadiah, cukuplah sekadar diberikan no akaun kan, tak perlu rasanya untuk kita (penerima) pergi ke mesin ATM ataupun bank kan.
Orite.. asenya da panjang sangat da entry kali ini. MS berundur diri dulu yep.. c ya.
Salam 1 blogger _(**,)

3 comments:

  1. yup,syah dah kene...awl buln baru nih...mmg kurg ilmu lah orang tuh...nk tangan-2 je rase...:Dknp la ms post lambat mnde nih...heheheh

    ReplyDelete
  2. takde jalan mudah nak cari duit kan

    ReplyDelete
  3. Bru terkena jugak..Nasib laaa..Terbang duit....erm..agaknye Allah nk tarik sikit rezeki yg die bg kt aku kot...x pela...org yg menipu tu dpt duit haram...biarkan...Allah maha mengetahui...herrmmm..nk kene muhasabah diri balik...kurg sgt Ilmu sampai dgn org mcm tu pon aku bole kene tipu...

    ReplyDelete