hatikering&co

hatikering&co

Followers

Monday, October 3, 2011

‎"...Satu Soalan Buat HAWA...Satu Jawapan Dari ADAM...".



Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.
Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.
Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.
... Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.
***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa
meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi
perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh
diratah mata manusia?
Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang
berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa
di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?
Satu soalan buat hawa,
adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno?
adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang
up-to-date? nahh~
Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian
sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh?
nampak kecundang dalam dunia moden?
Satu soalan buat hawa, kalian
berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar
bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni ;

Satu
jawapan dari adam
, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya
lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya
dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari
dunia dan segala isinya.
Satu jawapan dari adam, kecantikan si
berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain.
cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?
Islam
membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka
mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~
"Sepantas
mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah
dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu
dengan penciptamu, ALLAH SWT

~ Terima Kasih kerana sudi baca sampai habis~




3 comments:

  1. seriyes sentap, nie entry ko yang paling aku suka sangat!!!! bleh share?? hahaha

    ReplyDelete
  2. boleh3x..... amat2 dialukan... nie je y mampu ak berdakwah.... ce ce

    ReplyDelete