hatikering&co

hatikering&co

Followers

Sunday, February 19, 2012

Tasik kenyir - kawasan bebas cukai

salam.. suda lama rasanya MS tak mengupdate belog ini. huhu..

wajah empangan kenyir yang menjadi pusat janakuasa elektrik

Gambaran keluasan tasik buatan manusia ini

Sudah lama juga lah MS dengar kisah tentang Tasik Kenyir yang dalam proses pembinaan kononya hendak dibuat kawasan bebas cukai macam Pulau Langkawi. Maklum la, Tasik ini berada tidak jauh dari rumah MS, tapi masa tu, MS ingat itu suma hanya dongeng dan khayalan saja. sehinggalah beberapa hari lepas MS ada tertengok berita wilayah di TV1 tentang kebenaran desas- desus yang selama ini MS sangka hanya rekaan semata-mata. maaf ye org kampung..

Menurut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata Tasik Kenyir akan menjadi tarikan kepada lebih ramai lagi pelancong dengan pengwujudan kawasan bebas cukai itu setelah Tasik Kenyir telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai kawasan bebas cukai minggu lalu akan diwartakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk menyediakan kompleks bebas cukai, kompleks kastam dan sebagainya. Tambahan pula, dengan siapnya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan memudahkan lagi pelancong datang ke Tasik Kenyir 


Gambaran Kompleks Bebas Cukai Tasik Kenyir
<sumber>
Selain itu, 300 unit chalet dan hotel bertaraf tiga hingga lima bintang akan dibina bagi memudahkan pelancong menginap di Tasik Kenyir. Kebanyakkan hotel penginapan ini adalh terletak di Pulau Serindit yang terletak di dalam tasik buatan manusia ini.

Katanya, untuk tujuan itu juga kerajaan negeri akan menyambung bekalan elektrik dari Kampung Kepah ke Pulau Bayas di Hulu Terengganu dengan kos kira-kira RM27 juta.





MB berkata, dengan adanya beberapa daya tarikan pelancong di Tasik Kenyir seperti santuari kelah, taman burung, taman rama-rama, taman gajah dan lain-lain akan lebih menarik perhatian pelancong.

Untuk ke sana, pelancong perlu menaiki bot di jeti Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.








Kawasan bebas cukai tasik Kenyir ini dijangka beroperasi pada bulan Ogos 2012 ini, namun ia akan beroperasi sepenuhnya menjelang pertengahan 2013..

sekian dulu, semarak darul iman. Tiada halangan, hanya peluang.

3 comments:

  1. bestnye..selalu abah kalao datang terengganu ikut gua musang-tasik kenyir-kuala berang-KT nih..best la ada kaw bebas cukai.heheh

    ReplyDelete
  2. bapak ko ad dpt projek kt situ x?? hahaha

    ReplyDelete
  3. bijok mat said buat bebas cukai dalang utang..mg bijok..

    ReplyDelete