hatikering&co

hatikering&co

Followers

Sunday, October 10, 2010

apa ada dengan 10-10-10...???

10-10-10...???
ini bukannye hanya nombor.. ini adalah bermaksud tarikh kisah hari semalam,
bukan kisah perkahwinan SMS(sheikh Muzapar Shukor) or bukan juge kisah kawin Dato Sani(ala y ade kaitan ngan bas sani tuh..),,,
tapi...
tadi pagi ak ade bace paper (coz smlm x tgk brite..haha), satu nahas jalan raye y boleh dikelasifikasikan sebagai 'accident of the year' la kot.. hehe
bende nie berlaku kat ALOR GAJAH, melaka.. 7 buah knderaan involve,,, equation die lebih kurng mcm nie la:-
2 BAS + 1VAN + 3KERETA + 1 MOTO = 7 BUAH...

ermm,, ak nk cite lbh2 pom ak xde kat tempat kejadian, so korng nak tau bace sendri la paper nie... haha

Kemalangan ngeri 10.10.10




PASUKAN penyelamat mengusung seorang mangsa kemalangan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.



MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.
Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.
Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.
Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.
Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.
“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.


kalo ni tgk gambr2 koleksi tempat kejadian klik disini...


p/s: berhati-hatilah dijalan raya.. ingatlah orang yang tersayang..ape guna kalau tak diikat ketat. haha
-smiLe_(",)-

2 comments:

  1. maklumat terang dan nyata..cukup memberi pengajaran..huhu

    ReplyDelete
  2. mmg ngeri...tgk gmbar tgn ptus...myat tnpe kpala....astaghfirullah......al-fatihah pade keluarge si mati......

    ReplyDelete