hatikering&co

hatikering&co

Followers

Monday, November 8, 2010

keinginan vs bersyukur..???

semua insan normal mempunyai keinginan mereka yang tersendiri, begitu juga diri ini yang amat lemah ini. kita hanya mampu berusaha dan berdoa padaNya agar segala ape yang hajatkan menjadi kenyataan. Mungkin kadang-kadang kita rasa seperti diri ini dipinggirkan, rasa diri ini jauh dariNya. tapi, sedarlah bahawa Maha Pencipta sentiasa mendampingi hambaNya malah sentiasa mendengar segala permintaan dan kehendak kita. jika apa yang kita hajatkan berada dalam dakapan kita buat masa ini, ucaplah kata syukur padaNya, dan waspadalah bahawa apa yang kita gemgam hari ini belum tentu akan jadi milik kita lagi saat akan datang... atau mungkin apa yang kita hajati masih belum tergapai walaupom sudah berjuta kali kita kita usahakan dan bertawakal padaNya.. mungkin Maha Pemurah ingin kurniakan lebih baik dari apa yang kita mahukan. anggapkan itu sebagai ujian dariNya, dan hadapilah dengan sabar. jangan sesekali berputus harap terhadapNya..

Saat kita berjuang dalam menempuh liku-liku kehidupan ini, ingatlah bahawa saat kita gah berada diatas, jangan sangka kita akan kekal diatas. kita sudah biasa dengar bahawa hidup ini umpama roda, sekejap diatas, sejejap dibawah.. saat kita dibawah, barulah kita sedar bahawa kita tidak sempurna. Keinginan nafsu dan diri menjadikan kita tidak sempurna, bukan tanda tidak bersyukur dengan apa yang ada, tetapi setiap insan inginkan yang terbaik dan kesenangan akan kehidupan. jika wanita inginkan pasangan hidup yang sempurna tanpa cacat celanya dimata mereka. begitu jugalah para lelaki inginkah isteri solehan setanding Siti Khadijah, secantik Ainur Mardiah dan berbagai-bagai lagi mengikut kehendak hati dan iman mereka. sedarilah, dipenuhikanlah atas mereka apa yang dikehendaki iaitu jodoh mereka. adakah kita akan berpuas hati setakat itu sahaja..??? tidak.. cukuplah sekadar dengan lafaz Alhamdulillah....

Memang lumrah alam, kita mahukan apa yang Maha Pencipta adakan dan juga perkakas dunia ciptaan manusia demi keselesaan hidup kita. Teratak tersergam indah? sport car? kenderaan beroda dua? yang boleh mencecah 13 kuasa kuda??  inilah kehendak hati... Tidak salah hendakkan itu ini,. Tapi didiklah hati bahawa apa yang datang dan bakal digemgam datangnya daripadaNYa... kita sebagai insan yang lemah hanya berhak memegang tittle peminjam. tiada yang kekal akan menjadi milik kita...

akhirkalam, jangan lah kita bersalah sangka bahawa keinginan kita adalah luahan rasa tidak bersyukur kita. anggaplah bahawa ia suatu langkah kita dalam menjadikan kita insan yang sentiasa inginkan kesempurnaan dalam kihidupan dalam kita menyedari bahwa tiada yang sempurna dalam kihidupan seorang bergelar insan. tidak salah kita berusaha dalam mengdapatkannya... kan3x..???

mR.smiLe_(",)

No comments:

Post a Comment