dulu aku selalu ditangan kamo,
tak kira masa,
balik kelas, lepas makan, sebelum tido,
aku akan sentiase di tangan kamo,
kamo rela bersengkang mata untuk aku,
satu game lagi, lagi dan lagi.
kerana aku kamo rela lelap jam 3 pagi,
kerana aku...
akulah temanmu bergembira, bergelak sakan, bertempik pekik,
tempat menghilangkan tekanan,
barang penghapus rasa bosan kamo,
tapi kini!!!
kamo da berpaling tadah,
kamo sudah ade peneman baru,
aku sudah ade pengganti,
kamu asyik dengan kotak bodoh itu,
lalai dengan kemajuan dunia siber,
sibuk menelaah muka buku,
berkejaran memuat turun muvi itu dan ini,
aku tahu,.
bukan salahmu wahai kotak bodoh,
tetapi, aku terpaksa kerna kau dan wifi selalu berhububung,
argh!!!
aku kian tersisih,
aku kau lupakan,
aku kau sisihkan ke bawah rak tv,
ditindih pula dengan bermacam ragam buku-buka dan majalah,
hina sangatkah aku ini,
dimana cacatnya aku?, apa kurangnya aku?,
puas ku tagih belas simpatimu, puas sudah,. aku pasrah,..
aku amat merindui tangan-tangan kau,
aku ingin diperlakukan seperti dahulu,
dan kau ???,
kau buat seperti diriku tak pernah wujud dalam kamus hidupmu..,
kau langsung tidak pernah mendampingiku lagi,
aku terluka, terguris, jiwaku hancur,
hendak aku cuba membunuh diri ini, tapi tak berdaya,
kerna
aku hanyalah kertas lusuh yang diberi nama
" daun terup "
~ post ini, aku dedekasikan kepadamu wahai daun terup, semoga kau bersemadi dengan tenang dibawah tv. hehe
mR.smiLe_(",)
ahahhahaha...sian si daun terup nihhh....ish23~~~
ReplyDeletekamoo dipilih sbg pemenang!!
ReplyDeletehttp://dayahnanoha.blogspot.com/2010/11/you-are-sweet-blogger-like-candy.html
hahahaaaa saya menang moto...!!!!!
ReplyDelete