Setiap orang memang tidak terkecuali daripada keinginan untuk memenuhi impian masing-masing. Tidak kisahlah sama ada besar ataupun kecil, asalkan kita terfikir ianya mendatangkan kebaikan, kita mesti ingin mencapai impian tu. Tapi, adakah semua impian yang kita sasarkan tu akan tercapai? Adakah cukup dengan menetapkan sasaran tanpa usaha? Bagaimana dengan kemampuan kita?
Mungkin ini dapat membantu anda mencapai impian tersebut.
Program Sejuta Impian
TV3 dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1 Malaysia sedang dalam usaha menerbitkan Program Sejuta Impian yang akan memenuhi impian rakyat Malaysia. Rancangan televisyen yang bakal menemui penonton pada Mei ini merupakan salah satu cara menyambut baik saranan kerajaan dalam memikul tanggungjawab sosial dan satu platform positif yang menawarkan insentif berguna kepada belia Malaysia untuk merealisasikan impian mahupun hasrat terpendam selama ini.
Tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkait rapat dengan pembangunan dan mampu membawa perubahan besar dan kesan kepada masyarakat. Tujuannya adalah untuk menimbulkan kesedaran dan muhasabah diri sesama insan melalui mesej dan elemen kemasyarakatan yang disampaikan dalam program Sejuta Impian.
Program Sejuta Impian bakal ditayangkan di TV3 sebanyak 20 episod dan bersiaran selama setengah jam bermula 15 Mei ini pada pukul 7.30 malam. Setiap episod akan dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu sesi perkenalan peserta dan panel juri, sesi penerangan dan manfaat impian dan keputusan panel juri. Kepada yang berminat berminat menyertai program berkenaan, bolehlah menyertai ujibakat nanti pada tempat dan masa yang telah ditetapkan seper berikut:-
untuk keterangan lebih lanjut, sili klik disini <-----
nie program sejuta harapan aq mry..... mai join meh....
ReplyDeletehttp://pijan-jr.blogspot.com/2011/03/plan-vs-plan-b.html
berminat ker encik hati kering??
ReplyDeletex pom... just promote agenda kerajaan..... ahaks4x
ReplyDeletewah2....bagus benor le encik hati kering..
ReplyDelete