hatikering&co

hatikering&co

Followers

Thursday, March 3, 2011

rahsia lelaki yang wanita perlu tahu


1. lelaki tidak detail dalam percakapan


Contoh Kes : Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what’s his commEnt dier just cakap:”mm..dah nak putus nak wat camne…”

ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.


2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi Hobi

Contoh Kes : Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti?

ALAsaNi sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.


3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

Contoh Kes : Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?

AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2 tue.


4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.

Contoh Kes : Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga. di alam Kenyataan nye?huh hampeh!!

AlAsan ejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.


5.Lelaki tidak bergosip

Contoh Kes : Bila kita kata:”"eh betul ke ni?” dia pantas memoTong:”pegi makan jom!dah lapar nie…”

AlasaN Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas perempuan dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.


6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Contoh Kes : LElaki jarang mengkritik ibu mereka, apa lagi kalau hubungan mereka akrab. Lebih panas lagi kalau dia kata: ”eleh,macam tu pun tak reti buat? mak i pejam mata pun boleh buat tau.”

Alasan bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan intim dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.dan pihak wanita diminta untuk tidak jeles dengan ibunya. TiTik!


7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam tangan dan apa saja!

Contoh Kes : Bosan!sekejap kejap dia ajak g jejalan, kemudian kedai komik then sana, sini…semata-mata nak cukupkan koleksinya.

Alasan berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.


8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-asalkan bukan kekasihnya.

Contoh Kes : Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt. Tapi kalau gf nya yg pakai, komennya ringkas saja: ”I tak suka ahh!! tukar lain..! ”Bengang kan…?

AlaSan bagi lelaki, kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita. Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian “rangsangan” yang lainnya – mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain.

9.Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

10.Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

11.Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!



Sumber - citrasupply.wordpress.com
            - http://petuakitasemua

4 comments:

  1. senyum dan angguk2 kpale tgk point no 3 & 7. . . haiyah. .~! ^_^

    ReplyDelete
  2. aku suka part yg tepon...kbai

    ReplyDelete
  3. yg nombor 6 tu sokong sesangat...
    sbb adik lelaki saya sayang sgt kat mak...
    apa2 yg dia buat mesti dia dulukan mak...
    kadang2x tu jeles gak sbb adik caring gila kat mak..
    hehehe...

    ReplyDelete